Sabtu, 28 Januari 2012

Ahli Jawatankuasa

Gambar Ahli Jawatankuasa

     Azizah binti Ahmad        Foziah binti Mohamad
 
               Mohd Tahir bin Hasan    Nazariah binti Md Yasin
 
                   Rohani binti Hashim    Siti Suharti binti Surat
 
Yeo Tian See             Zamri bin Yusof

Khamis, 26 Januari 2012

Mesyuarat JK 1/2012

Akan di adakan pada 31 Januari 2012 jam 9.00 malam.  Semua Jawatan Kuasa dijemput hadir untuk mengemaskini butir-butir peribadi, membentuk biro dan biro komuniti serta melantik Pengerusi Biro dan merancang aktiviti bagi tahun 2012.  Terima kasih.  Setiausaha.

Gotong Royong

Aktiviti Pertama KRT Jalan Nagasari ialah Majlis Gotong Royong bersama Majlis Daerah Segamat.  Turut hadir YDP Majlis Daerah dan Pengerusi KRT Haji Abdullah bin Omar serta kakitangan MDS dan JK KRT serta warga KRT Jalan Nagasari.  

Kerja Utama ialah memotong dahan pokok yang membahayakan disekitar Pusat Aktiviti KRT dan Bandar Segamat Baru.   Terima kasih kepada YDP Majlis Daerah kerana menjalankan aktiviti ini pada 19 Januari, 2012 jam 2.30 petang di perkarangan Pusat Aktiviti KRT Jalan Nagasari dan juga kepada semua warga KRT Jalan Nagasari.

GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS






Jawatan Kuasa KRT Jalan Nagasari

Tahniah kepada semua Jawatankusa Baru di atas lantikan yang telah di adakan pada 17 Januari, 2012 semoga semua jk akan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada KRT Jalan Nagasari dan Jabatan Perpaduan Segamat khususnya warga KRT Jalan Nagasari.


Pengerusi
Hj Abdullah bin Omar

 Tim Pengerusi
Hj Mohd bin Hassan

Setiausaha 

Muhamad Ramli bin Hussin

Pen Setiausaha
Razali bin Abd Samad

Bendahari
Hj Shahadan bin Abd Raffar

antara yang menghadiri Mesyuarat Perlantikan Jawatankuasa






Puan Rafidah binti Haji Suboh
Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Segamat

Jumaat, 13 Januari 2012

Perlantikan Jawatankuasa 2012

KRT Jalan Nagasari, Bandar Segamat Baru, Segamat, Johor akan mengadakan Majlis Perlantikan Jawatankuasa Baru bagi tempoh 2012 - 2013.  Turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah Segamat yang juga akan merasmikan majlis tersebut.  Majlis akan diadakan pada jam 9.00 malam di Balai Kebajikan Islam, Jalan Nagasari 11, Segamat Baru, Segamat, Johor.

Mereka yang berminat adalah dijemput hadir.