Rabu, 18 April 2012

Majlis Perjumpaan dengan Menteri

Majlis ini telah di adakan di Katerina Hotel Batu Pahat pada 7 April, 2012 jam 3.00 petang bersama YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Kon Menteri di Jabatan Perdana Menteri sempena kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia ke Negeri Johor.

Pelbagai isu telah ditimbulkan dan pihak Kementerian akan cuba mengatasi masalah tersebut khususnya Geran Tahunan yang telah dikurangkan kepada RM2,400.00 setahun dari RM4,800.00 setahun.  Jawatankuasa KRT yang hadir memohon agar Geran Tahunan di naikkan kepada RM6,000.00 setahun.

KRT Jalan Nagasari Segamat Baru telah menghantar 5 orang peserta iaitu Pengerusi, Bendahari, Pengerusi Jiran Wanita, Pengerusi Biro Kesenian dan seorang Ahli Jawatankuasa Puan Rosnah binti Shahadan.

Jumaat, 6 April 2012

Kunjungan Pengarah JPNIN Johor

1 April 2012 telah melakar sejarah bagi KRT Daerah Segamat dimana Hotel Villa Segamat menjadi medan pertemuan semua Jawatankuasa Utama JK Penyelaras dan KRT Daerah Segamat di majlis perjumpaan dengan Pengarah JPNIN Johor..

Majlis berlangsung jam 3.30 petang.  Pengarah JPNIN Johor dalam ucapannya memaklumkan dan berharap semua Jawatankusa dan Ahli KRT agar menjalankan tugasnya bagi menjalin perpaduan di kalangan jiran tetangga dengan menjalankan aktiviti yang bercorak antarabangsa seperti kegiatan sukan, gotong-royong dan yang seumpama dengannya.

Menjalin hubungan baik antara KRT dan Jabatan adalah perlu kerana dengannya kita akan mengetahui keadaan dan maklumat terkini dan dapat menyelesaikan banyak masalah ahli dan KRT dengan semangat muhibbah.

Turut disampaikan di majlis ini ialah Sijil Perlantikan Jawatankuasa KRT Kawasan dan Penyelaras Zon Utara dan Selatan bagi tempoh sehingga 31 Disember, 2013.  Perjumpaan ini juga turut dihadiri oleh kakitangan Jabatan Perpaduan Daerah Segamat serta JPTP dan dianggarkan seramai 500 orang telah hadir dimajlis bersejarah bagi tempoh terkini.

KRT Jalan Nagasari telah menghantar seramai 5 orang jawatankuasa iaitu Pengerusi, Setiausaha dan 3 AJK dan semoga apa yang diharapkan oleh Pengarah JPNIN Johor akan disempurnakan oleh semua yang terlibat samada Jabatan, JK Penyelaras atau JK KRT untuk Negeri Johor dan Malaysia pada amnya.