Rabu, 18 April 2012

Majlis Perjumpaan dengan Menteri

Majlis ini telah di adakan di Katerina Hotel Batu Pahat pada 7 April, 2012 jam 3.00 petang bersama YB Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Kon Menteri di Jabatan Perdana Menteri sempena kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia ke Negeri Johor.

Pelbagai isu telah ditimbulkan dan pihak Kementerian akan cuba mengatasi masalah tersebut khususnya Geran Tahunan yang telah dikurangkan kepada RM2,400.00 setahun dari RM4,800.00 setahun.  Jawatankuasa KRT yang hadir memohon agar Geran Tahunan di naikkan kepada RM6,000.00 setahun.

KRT Jalan Nagasari Segamat Baru telah menghantar 5 orang peserta iaitu Pengerusi, Bendahari, Pengerusi Jiran Wanita, Pengerusi Biro Kesenian dan seorang Ahli Jawatankuasa Puan Rosnah binti Shahadan.

Jumaat, 6 April 2012

Kunjungan Pengarah JPNIN Johor

1 April 2012 telah melakar sejarah bagi KRT Daerah Segamat dimana Hotel Villa Segamat menjadi medan pertemuan semua Jawatankuasa Utama JK Penyelaras dan KRT Daerah Segamat di majlis perjumpaan dengan Pengarah JPNIN Johor..

Majlis berlangsung jam 3.30 petang.  Pengarah JPNIN Johor dalam ucapannya memaklumkan dan berharap semua Jawatankusa dan Ahli KRT agar menjalankan tugasnya bagi menjalin perpaduan di kalangan jiran tetangga dengan menjalankan aktiviti yang bercorak antarabangsa seperti kegiatan sukan, gotong-royong dan yang seumpama dengannya.

Menjalin hubungan baik antara KRT dan Jabatan adalah perlu kerana dengannya kita akan mengetahui keadaan dan maklumat terkini dan dapat menyelesaikan banyak masalah ahli dan KRT dengan semangat muhibbah.

Turut disampaikan di majlis ini ialah Sijil Perlantikan Jawatankuasa KRT Kawasan dan Penyelaras Zon Utara dan Selatan bagi tempoh sehingga 31 Disember, 2013.  Perjumpaan ini juga turut dihadiri oleh kakitangan Jabatan Perpaduan Daerah Segamat serta JPTP dan dianggarkan seramai 500 orang telah hadir dimajlis bersejarah bagi tempoh terkini.

KRT Jalan Nagasari telah menghantar seramai 5 orang jawatankuasa iaitu Pengerusi, Setiausaha dan 3 AJK dan semoga apa yang diharapkan oleh Pengarah JPNIN Johor akan disempurnakan oleh semua yang terlibat samada Jabatan, JK Penyelaras atau JK KRT untuk Negeri Johor dan Malaysia pada amnya.

Isnin, 12 Mac 2012

Kem Bola Jaring

Biro Sukan dengan kerjasama Jiran Wanita akan mengadakan Kem Bola Jaring mulai April, 2012 bagi penduduk Jalan Nagasari dan kepada mereka yang berminat bolehlah berhubung dengan Pengerusi Jiran Wanita Puan Hajjah Azizah binti Ahmad atau Puan Hajjah Rosnah binti Shahadan untuk keterangan lanjut.

Tujuan kem ini ialah untuk menubuhkan Pasukan Bola Jaring bagi KRT Jalan Nagasari Segamat Baru di mana mereka yang terpilih akan menyertai beberapa perlawanan persahabatan di Daerah Segamat dan di lain-lain daerah di Negeri Johor.

Datanglah beramai-ramai bagi menjayakan aktiviti ini.  Terima kasih di atas sumbangan anda bagi menjayakan aktiviti ini.

Kepada yang berminat boleh mengemukakan nama, no kad pengenalan, no telefon dan alamat rumah melalui blog ini untuk dihubungi oleh pihak kami.

Isnin, 27 Februari 2012

Aktiviti Akan Datang

KEMBARA HARTA KARUN

KRT Jalan Nagasari Segamat Baru kini sedang merangka untuk menjalankan aktiviti KEMBARA HARTA KARUN yang melibatkan peserta dari Jiran Muda.  Kepada mereka yang berminat bolehlah hubungi Pengerusi Biro Sukan Encik Sukhaimi bin Ahmad, Jiran Muda Encik Raja Mohamad Shahir atau Setiausaha untuk keterangan lanjut.  Sertailah aktiviti yang kami rancangkan.  Penyertaan ini hanya untuk  pemastautin  Jalan Nagasari Segamat Baru sahaja.

Ahad, 26 Februari 2012

Maulidul Rasul 1433 Hijrah

Sebelum aktiviti akan datang yang dirancang dilaksanakan, pada 3 Mac, 2012 [10 Rabi'ul Akhir 1433 Hijrah] Hari Sabtu KRT Jalan Nagasari Segamat Baru akan menjalankan aktiviti Maulidul Rasul mulai jam 6.45 petang dan aturcaranya seperti berikut :-

 6.45 petang berzanji
7.30 malam Jamuan
9.00 malam Ceramah Maulidul Rasul
[Penceramah Undangan Ustaz Mohd Fauzi bin Mustafa]
Pengacara Al-Kuliyyah TV3
Semua kaum Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

 Majlis ini dijayakan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Jamek Al-Husna Segamat Baru.

Aktiviti Biro Sukan dan Majlis Perasmian Sukaneka

Aktiviti ini juga turut di adakan pada 26 Februari, 2012 dan melibatkan semua peringkat iaitu dari Tunas Jiran, Jiran Muda dan Jiran Warga Emas dalam disatukan penglibatannya dalam Acara Sukaneka.  Acara ini telah di ketuai oleh Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi iaitu Encik Sukhaimi bin Ahmad dan dibantu oleh semua Pengerusi Komuniti seperti Jiran Wanita, Tunas Jiran, Jiran Muda dan Jiran Warga Emas.

Pengerusi Biro Sukan En Sukhaimi bin Ahmad

Pengerusi Jiran Wanita Hajjah Azizah binti Ahmad

Pengerusi Tunas Jiran Puan Nazariah binti Mat Yasin

Pengerusi Jiran Warga Emas En Yeo Tian See

Pengerusi Jiran Muda Encik Raja Mohamad Shahir
Antara acara yang dipertandingankan ialah mengutip gula, berlari dengan mengepit boleh di kaki, berlari membawa bola pingpong dalam sudu, lari ikat kaki, mengupas kulit epal terpanjang, bowling padang dan acara membaling bola dalam keranjang bagi warga emas lelaki dan wanita.

Ala ... kena kutip banyak-banyak ke baru menang!

Kalau jatuh kutip sendiri.  Atur langkah berhati-hati

Awas .. jangan kupas jari

Di dalam majlis yang sama YB Dato' Haji Baharum bin Haji Mohammed, Ahli Parlimen Kawasan Sekijang, Segamat telah dijemput hadir sama dan beliau telah merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Sukaneka dan Pertandingan Masakan/ Gubahan Lipatan Kain dan Tuala.

Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Ahli Parlimen Sekijang, Segamat.
Dalam ucapannya beliau memuji usaha yang dijalankan oleh Jawatankusa KRT Jalan Nagasari Segamat Baru dan dari kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Jawatankuasa, pihak beliau telah bersetuju untuk membantu pembangunan KRT Jalan Nagasari untuk membaiki Pondok/Pusat Aktiviti yang ada kerana terdapat perubahan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa terhadap Pusat Aktiviti tersebut.

Pusat Aktiviti Sebelum

Pusat  aktiviti Sekarang [ sedang dibaiki ]
Pokok Besar yang membahayakan telah ditebang

Bacaan Doa Selamat telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi iaitu Tuan Haji Mohd bin Hassan dan mendahului acara dan sebelum acara perasmian dilakukan Pengerusi KRT Jalan Nagasari Segamat Baru dan Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Segamat telah berucap dan memaklumkan kepada majlis perancangan aktiviti dan menjelaskan lagi peranan yang sepatutnya dilakukan oleh Jawatankuasa KRT dan semua warga KRT bagi membantu pihak Jabatan dalam melaksanakan perpaduan dikalangan masyarakat setempat.


Bacaan Doa oleh Timbalan Pengerusi
Ucapan dari Pengerusi KRT Jalan Nagasari Segamat Baru

Ucapan dari Pem PPD Daerah Segamat Pn Rafidah bt Hj Suboh

Aktiviti Jiran Wanita

Jiran Wanita telah merancakkan aktiviti KRT Jalan Nagasari Segamat Baru dengan mengadakan Pertandingan Masakan dan Gubahan Lipatan Kain dan Tuala.  Banyak penyertaan telah diterima dan dipertandingkan di majlis yang telah berlangsung pada 26 Februari, 2012 jam 10.00 pagi bertempat di Perkarangan Pusat Aktiviti KRT Jalan Nagasari Segamat Baru di Jalan Nagasari 9 Segamat Baru.  Hadiah pemenang pertandingan ini telah disampaikan oleh Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Segamat Puan Rafidah binti Hj Suboh.

Gubahan Lipatan

Antara Masakan yang dipertandingkan

Pem PPD Daerah Segamat Puan Rafidah bt Hj Suboh


Sempena pertandingan ini acara senam robik juga telah dijalankan pada jam 7.30 pagi hingga jam 8.30 pagi dan kali ini turut melibatkan kaum Cina.  Satu petanda baik dimana muzik dan aktiviti kesihatan menjadi salah satu daya penarik dalam pembentukan satu masyarakat yang bersatu padu dalam pelbagai kaum sebagaimana yang dikehendaki oleh Jabatan Perpaduan dan Malaysia pada amnya.

Senam Robik Jam 7.30 pagi

Tunas Jiran tidak ketinggalan memeriahkannya

Penglibatan Kaum Cina

Bergaya dengan semangat kita boleh

Sakit pinggang ke bang ... Pengerusi Biro Sukan

Ahad, 19 Februari 2012

Sukaneka dan Pertandingan Memasak/Gubahan

26 Februari, 2012 KRT Jalan Nagasari Segamat Baru akan mengadakan Sukaneka dan Pertandingan Memasak dan  Gubahan Tuala/Kain Ela mulai kam 9.00 pagi bertempat di Perkarangan Pusat Aktiviti KRT Jalan Nagasari, Segamat Baru.  Sebelum itu aktiviti mingguan iaitu  Senam Robik akan dijalankan pada jam 7.00 pagi.  Semua warga KRT Jalan Nagasari Segamat Baru dijemput hadir dan menyertai acara tersebut.

YB   Dato' Haji Baharum bin Haji Mohamed Ahli Parlimen Sekijang, Segamat akan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup acara ini dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.  Turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah Segamat Puan Nurul Huda binti Maon.

Jumaat, 17 Februari 2012

Mesyuarat JK 2/2012

Mesyuarat ini telah di adakan pada 15 Februari, 2012 jam 9.00 malam di Balai Islam Segamat Baru.  Seramai 21 orang jawatankuasa hadir.  Yang tak dapat hadir telah memberi makluman kerana tidak dapat hadir ada tugas yang tidak dapat dielakkan.  Pusat Aktiviti dalam proses pembaikan.

Jawatankuasa

Timb Pengerusi [dari kanan]

Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa

Pengerusi dan Bendahari

Pen Setiausaha dan Pengerusi

Perlantikan JK Penyelaras Daerah Segamat

Majlis Perjumpaan dan Perlantikan Jawatankuasa Baru Penyelaras KRT Daerah Segamat telah di adakan pada 12 Februari, 2012 bertempat di Dewan Serbaguna Sg Gatom, Labis jam 2.30 petang.  Selain dari Pegawai Perpaduan Daerah dan kakitangannya, turut hadir Timb Pengarah dari  JPNIN Johor.

Pelbagai masalah telah dibangkitkan oleh ahli yang hadir iaitu lima [5] jawatankuasa utama KRT dan rata-rata tidak berpuashati dengan Jabatan Perpaduan kerana gagal menyelaraskan JK Penyelaras.

Pihak jabatan tidak sepatutnya dipersalahkan kerana mandat penuh telah diberikan kepada JK Penyelaras untuk menjalankan aktiviti sepanjang dua tahun dari Januari 2010 hingga Disember, 2011.  Segala kekurangan adalah salah laku daripada Jawatankuasa Penyelaras yang gagal melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Mengapa Jabatan menjadi sasaran.  Tanyalah kepada BARISAN KEPIMPINAN PENYELARAS KRT DAERAH.

Kalau semua kerja Jabatan kena buat tak perlulah diujudkan JK Penyelaras yang banyak menimbulkan masalah dari memberi kebaikan kepada Jabatan Perpaduan.

Baner Perjumpaan

JK Jalan Nagasari Segamat Baru

PPD dan JK Penyelaras
Timb JPNIN Johor, PPD Pn Nurulhuda dan Pem PPD Pn Rafidah

Nak Tanya Pasal Insuran JK dan SRS

Mesyuarat Takda Minit dan Lapuran
Keratan Akhbar Persetujuan Kerajaan menggubal Akta RT dan SRS

Bertanya lagi

Antara yang hadir cantik dengan keseragaman

JK yang pelbagai kaum 1 Malaysia

Bekas Jawatankuasa Penyelaras 2010 - 2011

Timbalan memberi penerangan

Jawatankuasa dari golongan Warga Emas

Dengarkan dan ambil tindakan

tersenyum dan berpuashati dengan penerangan

Pem PPD Pn Rafidah sebagai Pengacara Majlis

Bersongkok tu Pengerusi KRT Jalan Nagasari Segamat Baru

Jangan Marah ha... itu kerja JK Penyelaras bukan PPD
Keratan Akhbar Persetujuan Kerajaan menggubal Akta RT dan SRS

Gotong Royong Pusat Aktiviti


Penebangan pokok ini dilakukan pada 17 Februari, 2012 jam 10.00 pagi oleh pekerja Majlis Daerah Segamat.  Terima kasih kepada Majlis Daerah Segamat kerana perkhidmatan ini. 





Satu kerja gotong royong telah di adakan bagi membersihkan persekitaran Pusat Aktiviti KRT Jalan Nagasari pada 12 Februari, 2012 jam 9.00 pagi.  Penglibatan Jawaankuasa dan warga KRT amat menggalakkan.

Gambar kerja-kerja gotong royong pada 12 Februari, 2012
Dari Kiri Pengerusi SRS dan Bendahari

Apa pulak ni.  Bincang apa tu .....

Kumpul dan bakar

Tak cukup tinggi pulak

Jawatankuasa Wanita turut membantu

Dari kiri > Pengerusi dan Timb Pengerusi

Pusat Aktiviti yang telah dicat baru [belakang]

Pusat Aktiviti yang telah dicat baru [sisi kiri]

Sebelum acara gotong royong satu aktiviti mingguan telah dijalankan iaitu Senam Robik di perkarangan Balai Islam Segamat Baru mulai jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi [ setiap Ahad ] anjuran Jiran Wanita dan Biro Sukan dan Rekreasi.