Ahad, 26 Februari 2012

Aktiviti Biro Sukan dan Majlis Perasmian Sukaneka

Aktiviti ini juga turut di adakan pada 26 Februari, 2012 dan melibatkan semua peringkat iaitu dari Tunas Jiran, Jiran Muda dan Jiran Warga Emas dalam disatukan penglibatannya dalam Acara Sukaneka.  Acara ini telah di ketuai oleh Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi iaitu Encik Sukhaimi bin Ahmad dan dibantu oleh semua Pengerusi Komuniti seperti Jiran Wanita, Tunas Jiran, Jiran Muda dan Jiran Warga Emas.

Pengerusi Biro Sukan En Sukhaimi bin Ahmad

Pengerusi Jiran Wanita Hajjah Azizah binti Ahmad

Pengerusi Tunas Jiran Puan Nazariah binti Mat Yasin

Pengerusi Jiran Warga Emas En Yeo Tian See

Pengerusi Jiran Muda Encik Raja Mohamad Shahir
Antara acara yang dipertandingankan ialah mengutip gula, berlari dengan mengepit boleh di kaki, berlari membawa bola pingpong dalam sudu, lari ikat kaki, mengupas kulit epal terpanjang, bowling padang dan acara membaling bola dalam keranjang bagi warga emas lelaki dan wanita.

Ala ... kena kutip banyak-banyak ke baru menang!

Kalau jatuh kutip sendiri.  Atur langkah berhati-hati

Awas .. jangan kupas jari

Di dalam majlis yang sama YB Dato' Haji Baharum bin Haji Mohammed, Ahli Parlimen Kawasan Sekijang, Segamat telah dijemput hadir sama dan beliau telah merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Sukaneka dan Pertandingan Masakan/ Gubahan Lipatan Kain dan Tuala.

Ucapan Perasmian Penutup oleh YB Ahli Parlimen Sekijang, Segamat.
Dalam ucapannya beliau memuji usaha yang dijalankan oleh Jawatankusa KRT Jalan Nagasari Segamat Baru dan dari kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh Jawatankuasa, pihak beliau telah bersetuju untuk membantu pembangunan KRT Jalan Nagasari untuk membaiki Pondok/Pusat Aktiviti yang ada kerana terdapat perubahan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa terhadap Pusat Aktiviti tersebut.

Pusat Aktiviti Sebelum

Pusat  aktiviti Sekarang [ sedang dibaiki ]
Pokok Besar yang membahayakan telah ditebang

Bacaan Doa Selamat telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi iaitu Tuan Haji Mohd bin Hassan dan mendahului acara dan sebelum acara perasmian dilakukan Pengerusi KRT Jalan Nagasari Segamat Baru dan Pembantu Pegawai Perpaduan Daerah Segamat telah berucap dan memaklumkan kepada majlis perancangan aktiviti dan menjelaskan lagi peranan yang sepatutnya dilakukan oleh Jawatankuasa KRT dan semua warga KRT bagi membantu pihak Jabatan dalam melaksanakan perpaduan dikalangan masyarakat setempat.


Bacaan Doa oleh Timbalan Pengerusi
Ucapan dari Pengerusi KRT Jalan Nagasari Segamat Baru

Ucapan dari Pem PPD Daerah Segamat Pn Rafidah bt Hj Suboh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan